Selasa, 17 Februari 2015

Al-Fatihah Zubir Bin Ibrahim

Abah... mertua yang aku kenali 10 tahun yang lalu.. Seorang yang tak banyak cakap, tenang, sentiasa senyum & sangat-sangat low profile..

Tanggal 26/12/14 abah pergi meninggalkan kami.. meninggalkan semua didunia... Kami redha ketentuan Ilahi...

Peristiwa sebelum abah pergi...

25/12/14 - Abah dan mak pergi mencari sedikit barang-barang untuk bakal kenduri adik ipar yang akan berlangsung pada bulan february... sambil-sambil mencari barang keperluan abah dan mak pergi menjemput & menghantar kad jemputan kahwin. Dari Bota - Teluk Intan. Waktu itu kg. gajah dan sekitar lumpuh akibat banjir... jadi dari bota abah ikut setiawan untuk ke teluk intan. Entah bagaimana abah mahu balik dari bota ke teluk intan melalui jalan kg. gajah... Sampai di lambor abah redah banjir... tak sangka kereta rosak.. mungkin kerana enjin masuk air... Abah panik... emak ada cakap yang abah berpeluh walaupon masa tu keadaan sekitar tak panas.. kebetulan anak buah mak ada lalu disitu.. jadi dia tarik kereta abah ke padang cangkat... keadaan abah masa tu still dalam keadaan ok.. bila sampai di rumah anak buah abah... abah & mak bersembang macam biasa.. bila anak buah nak hantar balik masa tu la abah dah mula pening..

Masa nak naik kereta abah muntah... muntah tanpa henti... anak buah terus hantar ke hospital changkat melintang... di dalam kereta abah masih muntah dan mengadu pening... Pucat lesi muka abah sewaktu sampai di hospital changkat melintang... Sampai di hospital nurse tolak masuk ke bilik kecemasan... masa tu abah masih sedar.. tapi beberapa minit kemudian abah tak sedarkan diri... sehinggaaaaaa....

Abah koma... doktor masukkan oksigen melalui mulut abah.. doktor terpaksa transfer ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh kerana keadaan abah yang kritikal... Kami semua terus ke ipoh dari KL... Masa kami sampai abah masih koma... tiada reaksi hanya jasad kaku.. dari malam smpi kesubuh, sehingga pagi itu.. waktu aku masuk melihat abah, doktor memberitahu yang abah 50-50... bermakna jika abah hidup abah lumpuh.. atau sebaliknya kerana abah hanya bergantung hayat dengan mesin oksigen. Doktor memberitahu saluran darah yang menuju ke otak abah telah pecah sehingga keseluruhan otak dipenuhi darah... doktor memberitahu operation juga tidak dapat membantu... Doktor memberi pilihan sama ada masuk ke wad dengan bergantung hayat pada mesin oksigen atau bawa balik ke rumah.. Kami adik beradik buntu... Ada yang merasa bawa saja balik ke rumah.. ada yang kata biar saja di wad... tiada keputusan.. Abah ditolak ke wad...

Jumaat 26/12/14, 2.59pm - Abah menghembuskan nafas yang terakhir... Abah pergi dengan tenang.. perginya sekejab tanpa melalui kesakitan.. perginya abah meninggalkan kami dengan kenangan-kenangan yang kami akan ingati..

Abah... kami akan menjaga mak dengan penuh kasih sayang... kami cuba bagi mak sihat kembali... sihat seperti dulu... kami redha permergian abah... Tenanglah abah disana...