Ahad, 29 Jun 2014

Hasanah terlupa?? Dimaafkan atau tidak makan semasa berpuasa

Hasanah terlupa??

Acetly hari pertama bersahur suami tak tido..
Ermm! apa lagi FIFA la.. ntah mana lawan mana malas nak layan.. Pukul 4.30 subuh dia kejutkan semua nak bersahur...

So... 1st day in Ramadhan kami bersahur, 1st time jugak bagi anak-anak berpuasa... Sofieya (8), Hasanah (7), & Baby (5). Tahun lepas masa sofieya umur 7tahun tak dapat nak ajar puasa sebab aku dalam pantang.. melayan diri sendiri je.. So tahun ni kena tegas sikit...

Kisah bermula seawal subuh semua bangun & bersahur...selesai bersahur anak-anak tengok cartoon kat astro, babahnya dah ke bulan sebab layan bola dari malam... Pagi ni dalam jam 10am aku dalam bilik dengan maisarah.. aku dengar bunyi tudung saji dibuka.. aku diamkan je.. tapi macam bunyi mangkuk kaca bergesel dengan sudu...

Hah! sudah ada yang makan ni... babahnya bangun tengok hasanah ngah sedap menyudu sardin kedalam mulut... nyum nyum...

Hasanahhhhhh puasalah...

Aku apa lagi bangun suruh dia kumur mulut & gosok gigi.. dimaafkan sebab terlupa... 7 tahun kan rutin biasa mesti singkap tudung saji atau bukak peti ais cari makanan...

Hasanah seorang yang sangat suka makan apa yang aku masak... lauk sardin subuh tadi agak sedap kot sampai terindu-rindu... hahahahaha... sardin tu memanggil-manggil suruh dimakan... apa lagi sesuap dua jugak dia dapat rasa...

2-3 hari ni kami akan lebih alert sebab kes terlupa ni akan kerap berlaku...

Hope anak-anak mama bertahan hingga waktu berbuka nanti... Tahun lepas hanya babah sorang yang puasa, jadi tahun ni kami ber4 tolak sarah & baby... Bertambah ahli keluarga baru sejak puasa tahun lepas akan memeriahkan suasana...

Dikesempatan ini aku & keluarga :

سْـــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kami dengan rendah diri mohon maaf atas segala kelemahan, kekurangan, kesilapan dan kekhilafan antara kita. Yang tersirat mahupun tersurat, yg sengaja mahupun tak sengaja, yg tersembunyi mahupun terang-terangan, yg berniat mahupun tak berniat. Segala gurauan hanyalah utk menghiburkan hati bukan menyakiti hati sesama sendiri.
Semoga Allah mempermudahkan ibadat puasa kita tahun ini dan semoga ibadat kita mendapat pahala dan rahmat spt yg dijanjikanNya. Amin

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak  

Isnin, 23 Jun 2014

Adakah anda dah ganti/qada puasa... Dah bayar FIDYAH?


Assalamualaikum... lagi beberapa hari lagi kita umat islam akan mula menyambuat Ramadhan. Sudah ker anda bersedia dari segi fizikal & mental... Alah kacang jekan... tiap-tiap tahun kita buat benda yang sama.. TAPI pernah tertinggal tak..? Sengaja buat-buat lupa tak ganti puasa, yang dulu-dulu... Pernah tak??

Aku memang ada, ni pon aku tengah pulun ganti lagi 17 hari... Ishh! mana sempat dah nak ganti habis... sebab puasa tinggal 6hari je lagi. Means kalau aku terus menerus ganti/qada puasa yang aku tinggal, 11 hari jer yang tak berganti... 

Tahun lepas sebulan aku tak puasa sebab bersalinkan si sarah... 29 hari... lepas habis pantang aku menyusukan pulak.. Jadinya sehingga sekarang 11bulan sarah still BF(breast feeding).. Bukan aku tak mahu ganti, keadaan memaksa aku tak dapat nak ganti penuh.. Tapi sedikit-sedikit aku buat... Alhamdulillah tak banyak dah aku nak ganti.. 

So lepas raya Aidiladha 2014 ni aku kena la fidyahkan puasa yang aku tinggal dan still kena ganti/qada puasa tu... Maksudnya 11 hari (mungkin).. Aku mungkin akan bayar lebih fidyah sebab tahun-tahun sebelum ni aku lupa banyak mana yang aku tinggal... Ya Allah.. Ok aku de #copypaste dari page official Lembaga Zakat Selangor... rujuklah eh kalau korang pon ada tertinggal, terlupa, sengaja melupakan... Biar hidup kita diredhai

Ok... Entry kali ni adala serba sedikit info pasal FIDYAH.. so uoll jangan lupa rujuk eh... SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK... Jangan ingat nak RAYA je...  

SOALAN FIDYAH

1. Jika tinggal puasa 10 hari pada tahun 2012, tapi tak ganti lagi hingga lepas tahun 2013, adakah nak kena berganda?
Jawapan: Tak payah berganda, inilah keputusan fatwa di Selangor. Maka, 10 hari X RM1.80 = RM18.00.

2. Bolehkah saya bayar fidyah terus kepada penerima?
Jawapan: Boleh, cuma kena pastikan penerima memang miskin, kerana fidyah kena bagi kepada orang miskin.

3. Bolehkah bagi fidyah dalam bentuk makanan?
Jawapan: Memang boleh, dengan syarat makanan yang mengenyangkan.

4. Jika beri dalam bentuk wang bagaimana?
Jawapan: Ya, masih diterima dan bagi tahu kepada penerima bahawa itu wang fidyah dan mestilah digunakan untuk membeli makanan yang mengenyangkan.

5. Bolehkah pihak LZS menerima fidyah?
Jawapan: Ya, boleh cuma fidyah tidak boleh mendapat rebat cukai pendapatan.

6. Apakah ada fidyah lain selain puasa?
Jawapan: Secara umumnya, tiada dan hanya puasa yang wajib diganti dengan fidyah.

7. Siapakah yang kena fidyah?
Jawapan: Orang yang wajib bayar fidyah itu ialah:
i. Orang yang meninggalkan puasa dan tidak mengqadakannya hingga masuk puasa tahun berikutnya.
ii. Orang yang meninggalkan puasa kerana bimbangkan keselamatan anaknya (sama ada semasa mengandung atau menyusukan).
iii. Orang yang sakit dan tidak ada harapan sembuh.
iv. Orang yang sudah terlalu tua dan tidak mampu berpuasa

8. Bagaimana jika seseorang itu tidak mampu membayar fidyah?
Jawapan: Waris atau walinya boleh membantu dan jika ditakdirkan semuanya tidak mampu, maka terlepaslah kewajipannya namun hendaklah mereka memperbanyakkan amalan soleh dan ketakwaan sebagai gantinya.

KLIK SINI untuk mengetahui secara terperinci maklumat di Page Lembaga Zakat Selangor


Tarikh Keputusan: 1 Jan, 1970
Huraian Tajuk/Isu: 

Jawatankuasa Fatwa telah dikemukakan dengan persoalan tentang hukum gandaan fidyah dan kifarah. Pihak Jawatankuasa diminta untuk memberi pendapat dan keputusan tentang perkara tersebut.

Keputusan: 

1. Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 16 Januari 2001 telah sebulat suara membuat keputusan bahawa pembayaran-pembayaran fidyah dan kifarah yang tertangguh adalah tidak digandakan (harus). Ini menurut sebahagian pandangan mazhab Syafie.

2. Walaubagaimanapun, sekiranya pihak pembayar ingin membuat pembayaran fidyah dan kifarah secara berganda maka ianya boleh diterima.

3. Oleh itu, pembayaran fidyah dan kifarah ini diberi dua pilihan:
i. Digandakan pembayaran fidyah dan kifarah mengikut tahun yang ditinggalkan.
ii. Tidak digandakan pembayaran.

4. Pandangan ini diambil kira ia berbetulan dengan ajaran Islam yang tidak sama sekali menyusahkan manusia yang menganut ajarannya
Keterangan/Hujah: 

LATAR BELAKANG

1. Fidyah ialah satu istilah yang terdapat di dalam fiqh al-Islami. Ia lebih difahami sebagai "satu cara untuk menggantikan puasa Ramadhan yang tertinggal disebabkan keuzuran yang diterima oleh syarak atau tidak".

2. Jumlah fidyah yang dibayar adalah berdasarkan kepada bilangan puasa yang ditinggalkan. Sekiranya bilangan puasa yang ditinggalkan itu banyak, maka banyaklah fidyah yang perlu dibayar. Begitu juga sebaliknya.

3. Sekiranya jumlah yang perlu dibayar adalah sedikit, ia tidak menjadi masalah. Tetapi sekiranya jumlah tersebut terlalu tinggi, masalah akan timbul apabila berlaku penggandaan dalam pengiraan fidyah apabila pembayaran ditangguhkan untuk beberapa Ramadhan.
PENDAPAT ULAMA"

Terdapat dua pandangan terhadap masalah penggandaan kiraan fidyah tertangguh:

1) Tidak digandakan: ia adalah pandangan mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali.

Pandangan ini dikukuhkan dengan hujah bahawa penagguhan terhadap sesuatu ibadah tidak akan menambahkan bilangan ibadah tersebut sebagaimana yang berlaku kepada ibadah haji yang tertangguh.

2) Digandakan: Pandangan ini dikukuhkan dengan hujah bahawa setiap penagguhan tersebut membentuk fidyah yang lain. Fidyah yang bertambah tersebut tidak boleh disatukan menjadi satu.

Adakah jika sudah membayar fidyah maka terlepas GANTI / Qada puasa?

Jawapan: Tidak, fidyah wajib dan qada pun wajib. Wallahua'lam

Jumaat, 20 Jun 2014

Jom Join Contest Cipta Kata Bear Besar

Aku ni jaran join contest... tapi ntah macammana aku boleh tergerak hati nak join contest ni sebab UTAMA adalah kerana aku nak HADIAH ni anak aku yang dapat... Besar weh hadiah diorg nak bagi... KLIK SINI  kalau korang nak tengok HADIAH yang sure korang memang nak punya...



Hish! Aku just try tak menang bukan rezeki anak aku, tapi kalau menang alhamdulillah Sarah memang bawa LUCK sejak lahir dalam hidup kami...



Apa korang rasa kalau baby secomel ni dapat teddy bear besar...
Nak pulak kalau dapat... kena tepat pada hari lahir dia
13 Julai 2014 
1st Annivesary 


Ni yang aku cuba kat page... 1 lagi aku cuba kat instagram


Jadilakan... Aku dah cuba yang terbaik...

Andai kata contest ni aku menang... Hadiah ni khas untukmu Sayang
Mama Love Sarah


Selasa, 17 Jun 2014

PROMO PHILIPS AVENT & TOMMEE TIPPEE JUNE 2014

LARIS MACAM GORENG PISANG... SORRY YE DAH HABIS STOK
TOMMEE TIPPEE FLOWER/PLAIN 9OZ




AVAILABLE LOOSE PACK OPEN HINGGA END OF JUN
TOMMEE TIPPEE FLOWER/PLAIN 9OZ

 ONLY 5 BOX AVAILABLE..ORDER CEPAT
PHILIPS AVENT CLASSIC NEWBORN SET


BANYAK STOK TAPI HABIS PROMO BEFORE END OF JUN
TRIPLE PHILIPS AVENT NATURAL 9OZ
 NAK BAGI HARGA MURAH MURAH JE
PHILIPS AVENT BREAST PUMP

PROMOSI AKAN BERAKHIR 30 JUN 2014

whatsApp 0129024766
whatsApp 0129024766
whatsApp 0129024766
whatsApp 0129024766
whatsApp 0129024766
whatsApp 0129024766

Nak Order ?? Sila CLICK bawah (Untuk Personal FB)
⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩
https://www.facebook.com/messages/azlinrazuan
NOTE : SILA ADD FACEBOOK AZLIN RAZUAN DULU JIKA ANDA BUKAN DI DALAM FRIEND LIST SAYA. MESEJ ANDA AKAN MASUK INBOX (OTHER) PLEASE UNTUK MENGELAKKAN PM ANDA TIDAK DIREPLY

Nak Order ?? Sila CLICK bawah (Untuk Page Nur Beauty)
⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩
https://www.facebook.com/pages/Nur-Beauty/265047529446?sk=manager&tab=messages_inbox
NOTE : MOHON PM INBOX SAYA DAHULU KERANA SAYA TIDAK DAPAT PM INBOX ANDA YANG BERMINAT.

KLIK SINI untuk tengok FEEDBACK dari customer 



Selepas Sebulan Guna Bio-essence Bio-Energy Snail

SEBULAN NAK TUNGGU RESULT

Hasilnya : PUAS HATI

Gambar ni snap guna flash camera so nampak agak shining.. scar dah pudar time ni baru 3minggu. Result masa ni so far rasa happy sebab yang utama acne tak nak naik or segan nak naik kot... BACA SINI




OK! Nampak tak beza...  No filter, No Camera 360, No Makeup, No Foundation...
Apa yang kurang, apa yang lebih?? Korang tengok sendiri
Nampak tak scar?? Pudarkan... kulit muka lebih cerah, moist n so far glow yang penting kulit jadi smooth macam kulit baby...
Eye bag? Mata panda? Hilang.....

Left Side

Right Side

Hish tak sangka dalam sebulan.. SEBULAN... tanpa pengelupasan siapa kata tak boleh jadi cerah...

Aku dah try bermacam produk... Nouvelle Visage (malaysia), RZac Cosmetic (malaysia), Collagen (thailand) dll Semua produk tu mengelupas dan pedih... Kulit memang cerah tapi month after month skin jadi nipis DAN bila dah tiada langsung kulit nak mengelupas masa tu PROBLEM BESAR timbul... jerawat halus (jerawat pasir), black/white spot dan jerawat tumbuh dalam kulit... masa tu jerawat tu tak akan timbul sebab ia kat dalam kulit so jerawat akan naik kemerahan n ase sakit so bila dah kecut akan jadi hitam berparut.. Siapa pernah mengalami keadaan kulit cam aku akan faham apa yang cuba aku nak explain...

BACA SINI

With makeup..

Yang Penting jerawat segan nak tumbuh... kalau tumbuh pon mungkin 1 or 2 je tak macam dulu...

SAY NO TO PRODUK PENGELUPASAN

Biar lambat cerah, tapi hasilnya menakjubkan... Aku tak jual produk bio-essence tapi aku nak share kat korang hasil yang hebat ni....

Owh lupa nak bagi tau setakat ni dah sebulan aku guna tanpa skip ikut aturan pagi dan malam kuantiti serum n krim mcm tak berganjak... Weh! biar betul.. kalau macam ni memang SAVE gila sebab RM200 leh pakai untuk makan masa berbulan baru habis...

Percayalah.....