Jumaat, 23 Mei 2014

Bantu 9 Orang Anak Yatim Piatu Di Rawang

Feedback dari Kak Rohaidah... Regular Customer yang dah banyak kali order


Ni 1st time dia order... Terus order 5 balang


2nd time kak ni order 7 balang.. Mula-mula rase cam nak pos tapi sebab 7 balang tu cam banyak je nak masuk kotak pastu kalau pos 5-7 hari baru sampai... Alamat pon batu caves cakap kat suami ahad leh hantar tak?? So delivery je


Pastu tak sampai seminggu... Akak ni order lagi...


Aku dapat wassup lagi memula akak ni nak order 5 balang, pastu tukar ke 7 balang pastu 10 Balang...  Ada sedikit perbualan mengenai #anak_yatim_9orang_duduk_rawang perbualan seterusnya biarla rahsia ye cuma nak bagitau thanks a lot sebab percaya kat aku n order #crunchy_popia_nestum_horlick lagi... 
Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang diberi olehNya..


Customer percayakan kita... 
Moga Allah limpahkan lagi rezeki kepada mereka yang banyak support orang melayu kita berniaga.... terutamanya kat customer2 aku...
Tanpa mereka siapalah aku...
cewah...



DALAM REZEKI KITA ADA REZEKI ORANG LAIN..TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARIPADA MENERIMA...MEREKA MEMERLUKAN BANTUAN...BANTULAH DENGAN APA CARA SEKALIPUN. INSYAALLAH BALASAN YANG BAIK ITU DARI ALLAH JUA...

Ini alamat tempat tinggal 9 adik beradik yatim piatu.

Alamat:
06 -30, Blok Dahlia.
Taman Tun Teja
48000 Rawang
Selangor


9 adik beradik ni kematian ayah 7 tahun lalu dan pada MAC 2014 ibu mereka pula kembali kerahmatullah.

1. Hanya kakak yang sulung bekerja di Puchong..
2. Anak kedua terpaksa berkorban mengambil alih tugas arwah ibubapa mereka.
3. 5 org masih blajar di sekolah menengah, sekolah rendah dan tadika
4. Yang palingg bongsu dalam lingkungan 3 tahun..

Rumah kat flat tu rumah sewa..

Sebarang sumbangan boleh di salurkan kepada:

Nur Syafiqa binti Othman

017-5220817

Acc Bank Islam

08040028179413




Rabu, 21 Mei 2014

HOT ITEM



 
JIKA BERMINAT


Ahad, 18 Mei 2014

Bio-essence Bio-Energy Snail jadi pilihan aku


 Bio-essence Bio-Energy Snail 

********************************

Bio-essence Bio-Energy Snail Snail Secretion Repair Serum 
 Bio Snail Repairs To Reveal Smooth & Supple Skin

Product Efficacies:
  • Enhances absorption of nutrients and moisture to help rebuild skin’s ability to retain moisture
  • Replenishes collagen, makes skin more refined, smooth and radiant; also enhances skin’s vitality
  • Reduces fine lines and wrinkles. Enriched with many different vitamins to slow down aging of skin, for a newborn like skin
  • Repairs pimple scars and marks, keeping skin smooth and refined
  • Soothes skin and protects skin against harmful pollutants
  • Restores newborn skin texture, revealing a supple, refine and smooth complexion






********************************

Bio-essence Bio-Energy Snail Repair & Smooth Cream 
 Bio Snail repairs to reveal smooth supple skin


Product Efficacies:
  • A rich texture which rapidly gets absorbed into the bottom skin layer. Helps to balance, nourish and rebuild skin’s hydrating system
  • Contracts pores, refines skin texture and enhances skin’s smoothness
  • Replenishes collagen for a smoother and refined skin texture
  • Reduces appearance of fine lines and wrinkles, keeps skin firm and elastic
  • Soothes skin, protects skin from external damage
  • With natural anti-bacteria property to help protect skin
  • Restores supple and smooth skin



********************************


Bio-essence Bio-Energy Snail Snail Repair Foamy Cleanser 
 Bio Snail Repairs to Reveal Smooth and Supple Skin
Product Efficacies:
  • Helps remove impurities trapped in pores and excess oil on the skin’s surface
  • Helps fade pimple scars and marks while cleansing
  • Hydrates and refreshes skin
  • With anti-inflammatory property to help relieve pimples and soothe skin
  • Tightens pores and smoothens skin for a more refined complexion
  • No tight feeling after wash


********************************

********************************

Nak mula camne ye... Tgok kulit muka aku kat gambar tu... Sangat tiada keyakinan dah... PARUT JERAWAT...

Aku ni surirumah tak berkerja, pastu mengharapkan duit suami semata. 
Tapi aku ada la berniaga sikit-sikit dari hasil tu aku mengumpul untuk beli apa yang aku nak..
Hubby aku ok je kalau nak belikan, cuma kalau benda yang aku nak tu mahal sangat aku suruh laki aku support sikit, hahahaha... takdelah dia rase berat sangat kalau benda yang aku nak tu ratusan ringgit

Sejak muka aku naik pimpels aku jadi down gila punca dari perkasam..
Ya! Perkasam, makanan faberet...  
Hari tu aku balik kampung hubby, MIL hidang ikan perkasam goreng bawang
Ishh! terliur jap... time tu makan tak hengat... 
Sedap sangat... Pastu berulang plak mkn mlm tu.. 
Aku lama dah pantang makan perkasam sebab aku ada resdung...
Gatal makan siapa suruhkan...

Padah! Balik kl dlm seminggu camtu naik pimples teruk + telinga gatal + mata berair + bersin non stop + mukus hinggus melambak = RESDUNG

Sebulan lebih, mencanak naik pimples... Sekarang just pkai facial soap + toner acne NV, muka dah free pimples, so tinggal kesan parut... 
Owh! Menyesal makan perkasam.... 
Mak mertua masak sedap sangat aku tergodalah...
Pastu mengada langgar pantang. 
Dh tau memang ada resdung MAKAN PERKASAM lagi...
Mendapatlah.. 


SERIK atau TAK PERNAH SERIK

So pas aku tanya Bio-Essence Malaysia (FB) problem aku, diorang suggestkan Produk Snail ni.... Memula aku tak confident sebab SIPUT LETAK KAT MUKA.. Tapi aku research kat mak cik google rupanya sejak zaman dulu lagi orang dah guna lendir siput untuk perbaiki sel kulit mati, parut jerawat dll. 

So dah excited pulak aku nak beli set ni...Tengok harga yang diorang bagi memang mahal sangatla aku ngat bulan depan baru nak beli... Sekali Guardian buat promotion... klau ikut harga asal rm2++ tapi tadi aku saja usha kat guardian (Giant Equine) Offer price untuk set tu rm17+.. 
Bodekla en.hubby minta topup skit lagi je sbb muka dah teruk sangat ni.. 
Haritu dah cakap dah kat dia, tapi katanya tunggu dapat gaji nanti.. Ok..
Tapi dah offer terus pujuk, pastu dapat vaucer plak tu RM15... sape tak nakkan

Korang kena tau muka ni aset berharga kaum wanita bukan cantik nak tunjuk kat orang pun tapi 24jam hubby yang pandang muka kita. Kalau muka dah macam raksasa gozzilla nanti dia segan dah nak pndang muka aku ni hahahaha.... 
Nak bini lawa kena kuar modal sikitkan... 
Bukan kereta je nak jaga... 
Thanks en.hubby 

So bila dah beli set tu aku belek-belekla.. Packging memang cantik pastu botol pulak dari kaca... Serumnya pulak ada pump, so senang sikit nak budjet dan boleh save pakai tak berlebihan... picit 2-3 titis je untuk pakai seluruh wajah...

Pas cuci muka rasa memang fresh sangat, memang rasa bersih... liang-liang pori pon rase cuci habis... Then pakai serum, pas sapu muka tak rasa berminyak... sebab serum tu terus meresap ke kulit muka, lepas letak serum letak pulak repair krim... memang cepat serap sapu ke keseluruhan muka sambil urut muka bagi krim meresap terus... Ya sangat lembap... 

After 1 month nanti aku akan updates ok... Tapi memang puas hati produk Bio-Essence ni...

Jumaat, 16 Mei 2014

Inti Kari Daging untuk Samosa/Karipap/Pau

Keledek Oren Potong Dadu

Bahan-Bahan

1 kg Keledek Oren
½ kg Daging Kisar
1 Biji Bawang Besar 
1 Biji Bawang Putih
1 Kiub Ayam / Ikan Bilis
2 Paket Kecil Serbuk Kari Daging
Garam 
Air
3 Sudu Besar Minyak (unuk menumis)

Cara-Cara

1. Tumbuk bawang besar dan bawang putih hingga lumat, kemudian tumis di dalam kuali. Bila sudah agak berbau wangi masukkan rempah kari dan sedikit air. Tumis seketika masukkan keledek. Masukkan air sehingga keledek tenggelam. Masukkan kiub dan garam secukup rasa. Masak gunakan api biasa sehingga kering, kacau selalu supaya tidak hangit dibawah.




 Selamat Mencuba
Inti boleh disimpan didalam bekas dan di simpan didalam frezzer/peti ais sejuk beku untuk jangkamasa panjang. Jika nak guna bolehla keluarkan inti tersebut dan biar pada suhu bilik...   




Resepi Pau Kari Daging Home Made

By : Azlin Razuan  


Abaikan warna di atas pau... nak tarik minat my princess kena la buat kaler2 camtu....


Bahan :

3 Cawan Tepung Gandum
1 Sudu Kecil Soda Bikarbonat
1 Sudu Kecil D/A Baking Powder
1 Sudu Kecil Garam
1 Sudu Besar Gula
1 Sudu Besar Yis Mauripan
1 Cawan Air Suam
6 Sudu Besar Minyak
Inti Kari Daging (Boleh Ganti inti lain ikut suka - Kaya/Kelapa/Kacang/Jem)
16 keping Kertas Putih/Minyak 5x5cm

Cara-Cara Nak Buat Pau

1. Masukkan gula dalam air suam kacau bagi gula cair kemudian masukkan yis dan kacau lagi (biarkan 10 minit sampai naik buih) after that masukkan minyak.


2. Guna mangkuk besar masukkan tepung, soda bikarbonat, baking powder & garam gaul bagi sebati. Kemudian masukkan air yis tadi sambil kacau dengan senduk. Gaul sehingga sebati. Boleh mula uli dengan tangan sehingga kental dan menjadi doh selama 5minit, kemudian buat bulat doh tadi letak dalam bekas & tutup bekas tersebut dengan kain atau plastik transparent. Biar selama 40minit - 1jam (doh akan mengembang 1x ganda)

3. Bila doh dah kembang tumbuk doh untuk buang angin. Bahagikan doh kecil-kecil (boleh dapat 16 biji doh sebesar penumbuk atau 30 biji doh sebesar bola ping pong).

4. Leperkan doh seperti piring diatas tapak tangan, isi inti kari daging kemudian klipkan bawah dan tampal dengan kertas. Buat sehingga doh habis. Susun di dalam talam.

5. Rehatkan sebentar dalam 30minit ( tapi aku biarkan dalam 1 jam) sampai doh mengembang sikit

6. Masukkan pau kedalam pengukus, jarakan antara pau 3cm sebab pau akan mengembang lagi semasa proses mengukus... Panaskan pengukus, bila air dah mendidih boleh mula mengukus pau. Kukus 15minit guna api normal.

Siap.

Ps : Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain supaya air wap tidak menitik di atas pau, pau ni juga kalau kulitnya keras jangan risau... kukus balik, boleh tahan kat luar 1 hari tak habis leh simpan dalam peti ais, nak makan just kukus balik... tpi biasanya mesti makan habis punya..


 Gebu Macam Tuannya

 Mengancam Tak...

 Tadaaaaa!

Rabu, 14 Mei 2014

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Sayang...

SELAMAT HARI KELAHIRAN SAYANG

Hari ni hari lahir suami yang ke 39tahun...
Jarak umur kami 9tahun...
Bulan depan aku plak masuk angka 3 siri...
Kita sama dah angka 3...
Suami tua? ada aku kesah... hep! hep! hep! hahahaha...
Yang penting dia suami The Best In This World... 

 


 


Semoga Razuan Azlin aka En. Suami sentiasa sihat sejahtera untuk hari-hari yang mendatang, sentiasa cool macam selalu & cool jugak melayan aku yg pot pet & haru biru ni... Moga di hari kelahiran ni jugak dilimpahi rahmat dari MU ya Allah...
 

Nah! 9 tahun Allah pinjam abang untuk kami anak beranak semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..


Kami bersyukur & berterima kasih padaMU kerana memberi seorang lelaki yang hanya kami saja yang tahu bertapa bertuahnya kami... 



 

Takde hadiah nak bagi sebab ayang tak kerja... kira ok la bagi anak 4 orang tu sebagai hadiah.... hahahaha...



 Ok! Love u En. Suami... Love U hingga Jannah...



HATI HATI BELI AYAM... Takut TERTIPU & DI TIPU


Nak cerita sikit pasal beli ayam kat pasar....

Tak taula kalau korang alert atau tak tapi aku nak bagi tau ini kali kedua penjual ayam nak tipu aku...


Pasar Borong Selangor 

Siapa yang biasa pergi pasar borong selangor please bawa kalkulator... pling tidak pon dalam hp tu ada kalkulator tolong keluarkan masa nak beli ayam...

SEBAB?

Ok! Sebabnya ialah bila korang dah pilih ayam, mesti korang suruh timbang...betul tak??
Pastu peniaga ni bagitau lah harga sekian...sekian...
Katala Ayam Sekilogram RM7.00...
Pastu kita amikla 2 ekor, dia pon timbang  3.2kg (kita nampak dia timbang)...
dia calculate = RM23.50 kak... Boleh ker??
Kita pon angguk setuju jer....

Apsal korang setuju? Sebab harga tu OK pada korang...
Cuba korang Calculate 3.2kg X RM7.00 = ? ... berapa RM yg korang dapat...

Alah takde kalkulator pulak...
Meh aku tolong kirakan... 3.2kg X RM7.00 =  RM22.40 ye sayang...
Alah beza RM1.10 je...
Haip! Haip! Jangan begitu..........
Korang fikir tak...Kalau sorang mangsa dia amik purata rm1 kalau 50orang customer yang tak fikir nak keluar kalkulator cer korang congak konfirm dia untuk RM50...

Aku bukan berkira pasal harga ayam tu tapi kalau dah letak sekilogram RM7.00 kali kanla betul-betul... kalau nak UP RM1 sekali pon jangan letak sekilogram RM7.00.. letak RM7.50...
Aku tau dia orang saing harga antara peniaga TAPI DENGAN MENIPU PELANGGAN dapat UNTUNG tapi hasilnya HARAM...
Tipu kita sebagai pengguna...
Memang kat Whiteboard letak Sekilogram RM7.00 tapi dia main harga masa nak kira guna kalkulator... Harap Maklum...

Nak report KPDNK hahahaha berbaloi ke nak turun naik ke sana...

Kita sebagai pengguna sila lah Alert ye...




Ni semalam punya cerita lah ni beli ayam 2 ekor...
Masa tu tanya pekerja gerai tu SEKILOGRAM berapa?
RM6.50 kak...
Amik 2 ekor dia timbang 3.33kg
So...  RM21.65
TAPI PEKERJA TU BAGI TAU RM23.10
dia pn nak potongla ayam tu... AKU kira tadi jauh sangat tersasar harga tu...
Aku tanya balik...
MENGELABAH budak tu... dan dan la cakap kalkulator rosak kak...
Eh! saya silap kira...
DAH MALUKAN...
Aku malas nak panjangkan cerita sebab aku selalu beli ayam kat gerai dia...
2X aku kena sebelom ni ngan pekerja lain...

Sorila gambar aku malas nak snap... TAPI kalau pas ni dia buat lagi aku tak teragak-agak nak BOIKOT kedai tu siap PAPAR LAGI GAMBAR GERAI TU... Kita pengguna ada HAK...

Kenapa aku beli lagi di gerai yang sama setelah 2x hampir kena TIPU.... 
Ala gerai tu jual ayam segar... memang ayam baru... 
Gerai lain aku penah beli selalunya ayam tak bersih mesti ada banyak bulu, pastu ayam dah lama kot sebab bila basuh mesti berbau & kebiruan nampak lebam... Aku memang tak kasi suami aku beli barang kat pasar borong sebab dia ni tak reti nak minta tawar, tak reti nak pilih & main BAYAR je...
Aku suka beli & pusing pasar borong sendiri...
Dia duk dalam kereta jaga anak...
Yang Penting hasil yang aku dapat semua SEGAR...

So kita sebagai pengguna SILA ALERT ye... samaada kite tertipu ATAU dia yang menipu pilihan ditangan kita...

Oklah tu je aku nak EXPLAIN pasal AYAM... Hati-hati beli ayam... 

Nanti aku nak citer pasal SANTAN... sebab santan kat pasar borong ni semacam sikit... tapi tunggu aku buat eksperimen & cari bukti dulu...

Tunggu next entry yaaa

Sabtu, 10 Mei 2014

Resipi Aiskrim Melting Chocolate Oreo (Home made)

Resepi by Azlin Razuan  

Hasilnya.... Memang Melting sangaaaattttt...
Terliur! Sila Cuba


Bahan-Bahan


Biskut Oreo
175g Melting Chocolate Calci-Yum
1 Biji Telur Gred A
1/2 Tin Susu Pekat
500ml Susu Segar UHT ( 2 Kotak Kecil )
250ml Air Suam
2 Sudu Ovalatte
1 Sudu Vanilla

Cara-cara


1. Mix semua bahan KECUALI Oreo. Mixer 15-20minit sehingga gebu dan kembang. ( Guna bekas yang besar )




2. Masukkan sedikit berselang selikan biskut oreo yang telah dipecahkan kedalam bekas sehingga habis. Freeze semalaman...



Boleh dapat untuk 2 bekas aiskrim. Jika ingin buat dalam kuantiti yang sedikit bahagi 2 bahan dan gantikan telur dengan gred c... 

Tutorial Nak Kukus Apam Polkadot


Sana sini dok post kat facebook Apam Polkadot... aku pon geli-geli la nak membuat sebab anak duk bising dok riau nak makan... bahan memang dah ada cuma aku kena bli ovalatte dengan susu je... Jom tengok resepi


Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur Gred A 

2 1/2 Cawan Tepung Gandum 


1 Cawan Gula Halus  


1 Cawan Susu Segar (Susu UHT) 


3 Sudu Kecil D/A Baking Powder


1 Sudu Kecil Ovalette 


1 Sudu Esen Vanilla 
Filling - Blueberry / Strawberry / Kiwi / Peanut Butter 


Pewarna

Cara-cara


1. Panaskan pengukus dengan api yang kecil.

2. Ayak TEPUNG & BAKING POWDER



3. Masukkan TELUR, GULA & OVALATTE kedalam bekas & putar guna mixer dengan kelajuan max hingga kembang dan menjadi putih gebu.





   

4. Kemudian masukkan ESEN VANILLA, SUSU SEGAR putar kelajuan minimun masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sehingga habis 


  

5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, Kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan, masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag 


6. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (1/2) letak filling kemudian picitkan lagi baki hingga hampir penuh... Design ikut suka



7. Last sekali kukus selama 10-15minit @ sehingga masak dengan api sederhana


 ********************************************

Nota kaki : 
Pada siapa yang tak tahu atau tak jumpa ovalatte ia juga dipanggil dengan nama Sponge Cake Stabilizer/ SP Sponge Cake....


PERINGATAN : JANGAN GUNA API YANG KUAT NANTI APAM POLKADOT PECAH....

Ahah! patah pinggang nak design... tapi demi anak-anak ku teruskan jua perjuangan... Bila dah masuk piping beg hati riang gembira... tpi ble start piping perghhhh menikam jiwa, memerlukan kesabaran hingga ketitisan peluh yang terakhir... wakakakakaka.... dilema & emosi yang lebih... tapi bila hasil dah jadi, terasa hilang penat lelah bila anak-anak puji... Next entry aku nak buat biskut lidah kucing.... tunggu nanti eh...