Khamis, 21 Jun 2018

PROTON ERTIGA - Kereta MPV terbaik harus anda miliki


#reviewertiga #protonertiga #ertigamalaysia #ertiga

1810km
(RM85 + RM85 + RM50 + RM50 + RM40)
Total isian minyak RON95 RM310 - Masih berbaki minyak separuh tangki.

13/6/18 [Rabu] = RM85 full tank
Seri Kembangan - Teluk Intan

14/6/18 [Khamis]
Teluk Intan - Seberang Perak - Teluk Intan - Bota  - Teluk Intan

15/6/18 [Jumaat]
Teluk Intan - Bota - Teluk Intan

17/6/18 [Ahad] = RM85 full tank
Teluk Intan - Cameron Highland

18/6/18 [Isnin] = RM50 (balance half tank)
Cameron Highland - Gua Musang - Kenyir - Kuala Terengganu

19/6/18 [Selasa]
Kuala Terengganu = Meronda sekitar permaisuri - ketapang

20/6/18 [Rabu] = RM50 [k.terengganu balance half tank] + RM40 [temerloh balance hampir half tank]
Kuala Terengganu - Temerloh - Janda Baik - Seri Kembangan

Salam Aidilfitri dari kami Azlin Razuan Family
Ertiga #gengcoco

Alhamdulillah trip yg di plan oleh kaklyn [mastermind] dan million thanks to my beloved husband jadi rakan subahat  menyelesaikan misi holiday paling memenatkan tapi awesome. Sebelum ni trip kami ke bangkok masa mengundi berjaya [backpacker naik train 5h4m] dan demi mengotakan janji kat anak2 sbb tak bawa mereka ke bangkok so kaklyn dah planning 2minggu awal bawa mereka berjalan ke negeri pantai timur dan syukur kami selamat pergi dan balik.

First of all... Tiada kata yg dapat diungkap bila penjimatan minyak diluar jangkaan. 1810km isian minyak RON95 RM310 berbaki separuh didalam tank korang rasa jimat ke tidak?

Ofcozla jimat berganda. Gagah mendaki bukit dengan keupayaan pickup yg tidak menghampakan kelajuan maxima tanpa ada rasa gegaran enjin mahupon kami membawa muatan dan bebanan barang luarbiasa untuk trip kali ni.

Kaklyn guna rack universal dan roofbox model #TAKA420Bslim dari segi bunyi yg rata2 kata bising alhamdulillah kami buat ujikaji laki bini xde bising pon. Kata orang, no hal la mmg tak bising kalau nak kata ertiga kedap bunyi kami test jugak masa bukak tingkap speed 80-110km/j tetap sama takde bunyi bising keterlaluan. Dari segi kelajuan pon takde masalah walaupon muatan 7orang [2d5k] dan muatan beban barang purata hampir 50 - 70kg [balik rayakan]. Semua jalan kami redah sbb nak test. Serius kali ni mmg kami redah je bukit bukau, simpang siur, hutan banat sebab saja main kat highway dan jalan dalam baru ada sedikit adventure.

Setakat ni jalan paling mencabar laluan tapah ke cameron highland. Sebab byk corner tajam tapi pickup ertiga serius tak mengecewakan main area bukit bukau sebab ertiga mmg WIN.  Then kami ikut juga laluan tanah rata - gua musang - kenyir. Byk juga tempat2 yg husband speed macam kat highway LPT so far adala jalan2 yg kena slow sikit sebab angin kuat buat ertiga rasa goyang. Overall ini kereta MPV terbaik untuk family.

Usah risau bab selesaan dibelakang sebab ertiga dilengkapi aircond [cooling coil] membuatkan penumpang dibelakang tidak panas dan selesa sepanjang perjalanan.
So kami recomended kalau korang jenis bigfamily pasangla #roofbox pasti terjamin keselesaan family korang kalau dapat trip perjalanan jauh. So adakah ini racun paling kuat untuk korang memiliki Proton Ertiga? Hahahahhahaha. Jangan la takut bila petik je nama proton sebab ERTIGA hanya guna logo proton shj 99.9% adalah brand suzuki.

Gaissss.... Tak rugi memiliki MPV Ertiga ni..... 

Tq sudi membaca
Kalau ada yang tanya
🤔Beli kat mana roofbox? Eleven A Auto Mart Nilai 3
🤔Tebuk bumbung ka? Jangan risau bang tak tebuk 😂 main ikat guna klip
🤔Tak bengkok ke bumbung? Tak bang depa kasi penebat/pelapik getah
🤔Tak risau ka kne curi? Bang yang ni tak yah risau pasainya depa kasi kunci [klau nak hilang2 jugak]
🤔Harga roofbox berapa? RM1250 [0%gst] model #TAKA420Bslim
#freereview

Kaklyn belanja gambar sikit sepanjang jalan2 raya #teamrayaperak218